MAJLIS PERBANDARAN SEPANG    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
Mengenai Kami
Tentang MPSepang

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada semua warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan khidmat masyarakat.

Pada mulanya MPSepang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majlis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor bertarikh 13 November 2002 telah menaik taraf Majlis Daerah Sepang kepada Majlis Perbandaran Sepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya melalui surat bertarikh 7 Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini. Pengesahan dari Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan telah diperolehi pada 19 Mac 2004.

Majlis Perbandaran Sepang disahkan naik taraf pada 3 Mac 2005. Kini keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang meliputi keseluruhan kawasan Daerah Sepang iaitu seluas 61, 900 hektar (jumlah keluasan yang dinyatakan tidak termasuk kawasan tiga batu nautikal dari tikas air surut).

Upacara pengisytiharan gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Stadium Perbandaran Sepang yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 13 Disember 2005.

 
 
 
 
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader